7 CARA BERFESYEN UNTUK LELAKI MODEN


Hallo hallo hallo!!! Bertemu kita kembali dalam LELAKI OH LELAKI dan semestinya diblog https://mosaraempire.blogspot.my/ (weeehuuuu)



Orite! Dalam entri kali ni Bam Mos nak sharekan tentang gaya berfesyen. Zaman la ni lelaki dah dikategorikan dalam "metroseksual" (bukan sex okeh). di mana ia membawa maksud lelaki sukakan pengayaan yang kemas dan nampak segak!

Tapi, ada jugak la yang Bam Mos nampak "Fesyen tak kena tempat" tetttttt..owww oooo..
faham, faham. depa pun nak bergaya gak, cuma silap dalam pemilihan pakaian dan keadaan. 

okeh, stop bebel sampai situ. now, Bam Mos akan sharekan beberapa tips CARA BERFESYEN UNTUK LELAKI MODEN.

CEKIDAOUT !!!



Image result for FESYEN LELAKI PAKAIAN FIT


1. Pilih pakaian yang fit 

– Benda utama yang akan menampakkan lelaki ‘alert’ dengan fesyen ni ialah cara memilih baju. Masalah utama kebanyakan lelaki ialah memakai baju yang lebih besar daripada badan. Pastikan memilih pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah dipeluk tapi bukan dijerut. Berhati-hati ketika memilih, fit bukan bermakna ketat.



Related image


2. Simple tapi smart 

– Apabila bercerita tentang fesyen, bukan bermakna anda perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan mengayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. Nak nampak menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dengan seluar slack. Pakai seluar jean pun boleh kena gayanya.


                                                    Image result for gaya lelaki santai


3. Santai bukan membosankan

– Berpakaian santai bukan bermaksud pakai seluar pendek dengan singlet koyak. Cuba banyakkan membaca buku-buku fesyen atau melihat program-program yang bersifat santai di televisyen.

                                               Image result for keliru memilih pakaian untuk lelaki
                                          

4.Pemakaian pastikan sepadan

– Sentiasa pastikan anda berfesyen kena dengan gayanya. Duduk depan cermin fikir nampak pelik tak apa yang anda pakai. Kalau anda sendiri dah rasa pelik, apatah lagi orang kat luar sana. Sebagai contoh, anda pakai baju yang labuh tapi pakai seluar yang ketat ala-ala legging. WTF?

Related image

                                         

5.Belanja lebih untuk kasut

– Apa salahnya jika berbelanja lebih untuk sepasang kasut. Tetapi jangan beli saja mahal-mahal, tapi tak tahu nak jaga.Tahukah anda kaum lelaki sekalian bahawa mata perempuan ni biasanya akan melihat kasut yang dipakai lelaki. Sama ada cantik atau tak cantik, bersih ke tak dan sesuai ke tak. Macam mana nak kagumkan teman wanita kalau kasut kotor. Kasut melambangkan identiti diri. Kotor kasut, pemalaslah anda.




                                             Image result for lelaki pakai tshirt logo besar

6.Berhati-hati memilih T -shirt 

– Jangan amalkan memakai t-shirt yang mempunyai logo yang besar kerana anda akan dilihat seperti diupah oleh syarikat tertentu untuk menjadi papan iklan bergerak.


                                        Image result for keliru memilih pakaian untuk lelaki
                                        

7.Bereksperimen dengan gaya 

– Jangan takut untuk memakai sesuatu yang baru. Jika selalunya anda pakai baju yang gelebeh, cuba pakai baju yang fit untuk nampak lebih tegap. Jika selalu anda sikat rambut ke hadapan, apa kata sikat rambut ke belakang untuk nampak lebih bertenaga dan berani. Semuanya terletak pada keberanian anda dan bukannya kepelikkan anda.


LAST BUT NOT LEAST, BERGAYA LAH MENGIKUT KEMAMPUAN ANDA DAN TUTUP AURAT ^_^



Pesanan dari penaja : 

fb : Mosara Pomade
Ig : Mosara_Official
Wa : 014 586 7969




credit to http://www.nizarazu.com 

Comments

Popular Posts